Kebiasaannya pengguna akan melakukan reset pada telefon pintar masing-masing sebelum dihantar ke pusat khidmat pelanggan bagi tujuan pembaikian. Namun, perkara ini sangatlah melecehkan buat pengguna yang perlu melakukan backup apabila menerima telefon pintar semula.

Oleh itu, Samsung kini sedia memperkenalkan kaedah bagi mengatasi masalah tersebut menerusi Repair mode. Anda boleh mengaksesnya menerusi bahagian Battery and Device Care pada tetapan peranti yang digunakan. Sebaik sahaja mod ini diaktifkan, telefon berkenaan akan melalui proses reboot.

Sumber Gambar: Mondaydaily

Mod ini berfungsi untuk menyorokkan kesemua data peribadi yang merangkumi mesej, gambar, akaun dan juga aplikasi. Dalam bahasa mudahnya, telefon anda akan tampak seakan-akan baru dibeli. Selepas telefon pintar anda sudah diambil semula, anda boleh menyahaktifkan Repair Mode tersebut untuk mengembalikan data asal.

Repair mode ini sudahpun diberikan kepada pengguna Galaxy S21 di Korea Selatan terlebih dahulu. Menurut Samsung, pihaknya kini sedang merancang untuk memperkenalkan mod tersebut kepada lebih banyak model dan juga diperluaskan ke pasaran-pasaran lain termasuk Malaysia.

Tular juga baru-baru ini Apple dilaporkan telah melantik veteran daripada Lamborghini untuk membangunkan kereta elektrik tersendiri.

Apple Dilaporkan Telah Melantik Pakar Daripada Lamborghini Untuk Pembinaan Kereta Elektrik

Apple,Google, Microsoft Dan Amazon Didakwa Membeli Emas Dari Lombong Haram Di Brazil